KETULUSAN • KUALITI • INTEGRITI
KELEBIHAN MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN
ZOUITINA PRESTIGE EXTRA VIRGIN OLIVE OIL
Minyak Zaitun Extra Virgin Zouitina Prestige dihasilkan daripada buah zaitun putik @ muda yang dipetik secara manual menggunakan tangan. Ia diproses secara teliti, dengan menggunakan teknologi pemprosesan terkini dalam masa yang sangat singkat (6 jam) bagi menghasilkan minyak zaitun extra virgin yang mempunyai aroma, bau dan rasa buah segar serta ringan untuk diminum. Minyak zaitun extra virgin Zouitina Prestige terbukti berkualiti apabila telah berjaya meraih pelbagai anugerah pertandingan minyak zaitun di peringkat antarabangsa.
9 KELEBIHAN ZOUITINA PRESTIGE
CARA PENGAMBILAN ZOUITINA PRESTIGE
MANFAAT KESIHATAN EXTRA VIRGIN OLIVE OIL
Manfaat 1
Menggalakkan Pertumbuhan Bakteria Baik (Probiotic) di dalam Usus
Pengambilan EVOO mampu merangsang pertumbuhan bakteria baik (Probiotic) seperti Lactobacillus, Bifidobacterium, Bacteroides dan Clostridium. Di samping itu, EVOO juga dikenal pasti mampu membunuh bakteria patogen seperti Blautia spp. yang menyumbang kepada masalah obesiti dan keradangan.
Manfaat 2
Membantu Mengatasi Masalah Penghadaman
Minyak zaitun, terutama yang dikelaskan dalam kategori Extra Virgin Olive Oil (EVOO) diketahui mengandungi kandungan asid lemak tidak tepu iaitu MUFA (Monounsaturated Fatty Acid) dan PUFA (Polyunsaturated Fatty Acid). MUFA & PUFA mampu melancarkan pergerakan makanan di dalam usus untuk proses pencernaan dan nyah tinja.
Manfaat 3
Membantu Mengawal Kadar Kolestrol di dalam Darah
Kajian saintifik telah membuktikan pengambilan makanan organik yang kaya dengan MUFA & PUFA dapat menurunkan kadar Lipoprotein Berketumpatan Rendah/Low Density Lipid (LDL) dan Trigliserida/Triglyceride (TG). Ini secara langsung dapat meningkatkan kadar Lipoprotein Berketumpatan Tinggi/High Density Lipid (HDL) yang berperanan dalam proses perkumuhan kolesterol di dalam salur darah.
Manfaat 4
Membantu Mengawal Berat Badan dan Mengurangkan Risiko Obesiti
Obesiti berpunca dari tabiat makan berlebihan. Kajian menunjukkan pengambilan EVOO sebanyak 40g (2 sudu besar) mampu menurunkan kadar Adiponectin & Leptin di dalam darah yang berfungsi merangsang selera makan. Ini bermaksud pengambilan EVOO secara konsisten akan membantu mengurangkan rasa lapar seterusnya mengawal pengambilan makanan berlebihan. Kandungan MUFA & PUFA yang tinggi juga mengawal kandungan kolesterol membentuk diet yang seimbang.
Manfaat 5
Keradangan (Inflammation) adalah satu keadaan patologi yang berlaku kepada mereka yang menghidap penyakit-penyakit CVD, tekanan perasaan (Depression), sakit sendi dan Obesiti. Kajian menunjukkan, pengambilan EVOO mampu menurunkan kadar pemicu keradangan seperti TNF-α, Interleukin 1 dan Interleukin 6.
Manfaat 6
Membantu Menurunkan Risiko Penyakit Kardiovaskular
Penyakit Kardiovaskular/Cardiovascular Diseases(CVD) adalah penyakit yang disebabkan oleh salur darah tersumbat. Contoh penyakit CVD ialah tekanan darah tinggi, angin ahmar dan kegagalan fungsi jantung/Coronary Heart Disease(CHD). Penyakit-penyakit CVD ini timbul susulan kandungan LDL & TG yang tinggi di dalam salur darah. Memandangkan MUFA & PUFA di dalam EVOO mampu bertindak balas dengan LDL & TG lalu membentuk HDL yang tidak termendap dan mudah dikumuhkan, maka risiko penyakit-penyakit CVD ini mampu dikurangkan.
Pada tahun 2020, School of Public Health Universiti Harvard melaporkan kajian yang melibatkan lebih 90,000 peserta berkenaan kesan pengambilan EVOO dalam permakanan terhadap risiko CVD, terutama CHD. Kajian yang dijalankan selama 24 tahun itu (1990-2014) membuktikan pengambilan EVOO mampu menurukan risiko CVD sebanyak 14% dan CHD sebanyak 18%.
Manfaat 7
Memperlahankan Kemerosotan Kognitif, Alzheimer & Dementia
Keupayaan Kognitif secara semulajadi menurun mengikut usia yang disebut sebagai Kemerosotan Kognitif/Cognitive Decline yang akhirnya menyebabkan Alzheimer & Dementia. Kemerosotan kognitif ini juga boleh disebabkan oleh kadar keradangan yang tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan EVOO mampu untuk memperlahankan kadar kemerosotan kognitif yang secara langsung mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Dementia.
Manfaat 8
Mempunyai Sifat Antioksida
EVOO mengandungi polifenol yang memiliki keupayaan antioksida yang tinggi seperti Oleuropein dan Flavonoids. Antioksida diketahui mampu untuk mengurangkan kadar radikal bebas di dalam badan yang secara langsung menurukan risiko penyakit kronik seperti Type-2 Diabetes dan Kanser.

ZOUITINA PRESTIGE
EARLY HARVEST EXTRA VIRGIN OLIVE OIL
250ML
NORMAL PRICE : RM120
NOW ONLY RM99
SAVE RM21
BUY NOW
ZOUITINA PRESTIGE
EARLY HARVEST EXTRA VIRGIN OLIVE OIL
250ML x 2 BOTTLES
NORMAL PRICE : RM240
NOW ONLY RM190
SAVE RM50
BUY NOW
ZOUITINA PRESTIGE
EARLY HARVEST EXTRA VIRGIN OLIVE OIL
250ML x 6 BOTTLES
NORMAL PRICE : RM720
NOW ONLY RM495
SAVE RM225
BUY NOW
Apa itu sijil organoleptic
Sijil organoleptik merujuk kepada sijil bagi ujian penilaian sensori (aroma, bau dan rasa) terhadap minyak zaitun. Penilaian ini dijalankan oleh panel profesional yang terlatih untuk mengenal pasti kualiti dan kecacatan rasa atau bau minyak zaitun. Ujian organoleptic ini penting dalam mengenalpasti ciri (Positif atau negative) yang terdapat pada minyak zaitun. Ianya merupakan parameter utama bagi menentukan ketulenan dan kualiti (tahap kesegaran) minyak zaitun.
Apa itu sijil analisis kimia
Dokumen rasmi yang mengandungi keputusan ujian makmal terhadap parameter kimia utama bagi minyak zaitun. Sijil ini penting untuk menilai kualiti, ketulenan, dan pematuhan terhadap piawaian antarabangsa, khususnya yang ditetapkan oleh International Olive Council (IOC). Tujuan utama sijil ini ialah untuk menjamin keselamatan, keaslian, dan pematuhan undang-undang bagi minyak zaitun sebelum ia dipasarkan atau dieksport.
Kedua sijil ini penting kerana ianya saling melengkapi dalam menentukan kualiti, ketulenan, dan pematuhan kepada piawaian antarabangsa seperti yang ditetapkan oleh International Olive Council (IOC).
Keputusan daripada Ujian analisis kimia ini membantu dalam memberikan maklumat penting mengenai kesegaran, kestabilan oksidatif, dan ketulenan minyak zaitun. Di samping itu, analisis kimia penting dalam pengesanan pencemaran dan penipuan makanan, terutamanya pencampuran dengan minyak lain, sekali gus menjamin keselamatan makanan dan integriti produk.
Sementara itu, ujian organoleptik melibatkan penilaian deria oleh panel profesional terlatih untuk mengenal pasti ciri positif serta mengesan sebarang kecacatan sensori seperti tengik, hapak atau bau yang kurang menyenangkan. Ujian ini penting untuk memastikan ketulenan serta merupakan parameter bagi pengelasan rasmi minyak zaitun. Penilaian ini juga memainkan peranan penting dalam persepsi kualiti oleh pengguna dan strategi pemasaran.
Secara keseluruhannya, kombinasi kedua-dua ujian ini bukan sahaja memastikan pematuhan kepada piawaian teknikal dan perundangan, tetapi juga membina kepercayaan pengguna terhadap mutu dan keaslian minyak zaitun, Pematuhan kepada dua perkara utama ini memastikan keterjaminan hak pengguna sentiasa terjaga.
Majlis zaitun Antarabangsa merupakan satu-satunya organisasi antarabangsa yang diakui oleh badan Kerajaan sedunia yang secara khusus menumpukan kepada minyak zaitun dan buah zaitun. Ditubuhkan pada tahun 1959 dan beribu pejabat di Madrid, Sepanyol, IOC memainkan peranan penting dalam menyelaraskan dan mempromosikan piawaian kualiti, keselamatan, dan perdagangan buah zaitun dan minyak zaitun di peringkat antarabangsa. IOC juga bertindak sebagai rujukan global dalam menentukan klasifikasi dan ketulenan minyak zaitun, sekali gus membantu melindungi pengguna daripada penipuan makanan. Antara peranan utama IOC adalah,
Menetapkan piawaian kualiti dan analisis kimia bagi minyak zaitun
Menggalakkan kerjasama penyelidikan dan pembangunan dalam sektor zaitun.
Menyediakan data statistik global berkaitan pengeluaran, penggunaan, dan perdagangan minyak zaitun.
Menyokong praktik pertanian mampan serta perlindungan alam sekitar dalam penanaman zaitun.